Monday, 27 June 2011

PENGENALAN TETANG LANGKAWI


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.






ASAL-USUL NAMA



Templat:Unreferencedsection Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).



GEOGRAFI

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.


SEJARAH

  • Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
  • Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
  • 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
  • Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
  • "Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.



PENGANGKUTAN

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
PESAWAT

Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi.
AirAsia (Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Singapura)
Thai AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura)
FireFly ( Subang , Pulau Pinang )
Singapore Airlines
SilkAir (SINGAPURA)

Tuesday, 14 June 2011

PAKEJ UNTUK 3 HARI 2 MALAM DI LANGKAWI(**,)








PAKEJ EKSTRA RM150(30 ORANG KEATAS)
TIKET FERI KUALA PERLIS-LANGKAWI-KUALA PERLIS(PERGI DAN BALIK).
TRANSPORT IN-OUT LANGKAWI.
BAS SEPANJANG DI LANGKAWI.
PENGINAPAN BERHAMPIRAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI TENGAH(FAMILY STANDARD).
ISLAND TOUR(MELAWAT TEMPAT2 DI LANGKAWI).
 ISLAND HOPPING(pulau dayang bunting , pulau beras basah , eagle feeding ).


PAKEJ BIASA  RM135 (30 ORANG KE ATAS)

TIKET FERI KUALA PERLIS-LANGKAWI-KUALA PERLIS(PERGI DAN BALIK).
BAS SEPANJANG DI LANGKAWI.
TRANSPORT IN-OUT LANGKAWI.
PENGINAPAN BERHAMPIRAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI TENGAH(FAMILY STANDARD).
ISLAND TOUR(MELAWAT TEMPAT2 DI LANGKAWI).


PAKEJ EKSTRA RM180(4 ORANG)
TRANSPORT IN-OUT JETI LANGKAWI/AIRPORT.
KERETA WIRA SEPANJANG DI LANGKAWI.
PENGINAPAN BERHAMPIRAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI TENGAH(FAMILY STANDARD).
ISLAND HOPPINGHOPPING(pulau dayang bunting , pulau beras basah , eagle feeding ).


PAKEJ BIASA RM160(4 ORANG)
TRANSPORT IN-OUT JETI LANGKAWI/AIRPORT.
KERETA WIRA SEPANJANG DI LANGKAWI.
PENGINAPAN BERHAMPIRAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI
  TENGAH(FAMILY STANDARD).


JIKA ANDA BERMINAT HUBUNGI SAYA
BOY:0175610060                
 MY FACEBOOK:irwan30_boyz@yahoo.com
JIKA CUTI HARGA AKAN DITAMBAH RM20. UNTUK ELAK DARI HARGA NAIK ANDA BOLEH BUAT TEMPAHAN AWAL.